REPLY PLEASE

•March 14, 2013 • Leave a Comment

Did you get my last message, Please i need you to do me a little favor today can you send $50,000 today to an Indonesian company i am dealing with as i am having difficulties transferring money from my account here in VN until i return to Hongkong, I would refund it in 1 week, Please let me know so i can send you the trade company bank details.
Regards,

UMNO Baru bangun tidoq ,minta hapus tol Motosikal jambatan Pulau Pinang

•June 26, 2012 • Leave a Comment

Kononnya tawaran hebat tapi nampak macam bengong. Kalau menang kerajaan negeri baru boleh nak minta hapus tol, dah lama Lim Guan Eng hapuskan. tak perlu tunggu menang pilihanraya, kalau sungguh-sungguh nak tolong rakyat sekarang pun boleh minta pusat hapuskan.

Statement pun macam orang bangun tidoq 30 puluh tahun lalu, baru sedar jambatan Pulau Pinang ada tol untuk motosikal. Mungkin jenis bangga dengan naik kereta besar, tol motosikal pun tak perasan.

Satu lagi, rakyat bukan bodo untuk diperbodohkan oleh UMNO. Teliti ayat dia, bukan dia sungguh-sunguh nak bagi tol free pun, kalau UMNO menang baru nak minta pusat hapuskan, bukannya menang terus hapuskan. Minta pun tak semestinya dapat. Ayat-ayat politik nak tipu rakyat.

Jangan percaya dengan Janji BN naa..

Source

Zttp://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=26635:bn-negeri-minta-pusat-hapuskan-tol-motosikal-di-jambatan-ppinang&Itemid=2

BUKIT MERTAJAM– Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan meminta kerajaan pusat menghapuskan tol bagi laluan motosikal di Jambatan Pulau Pinang sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata penghapusan tol itu akan memberi manfaat kepada 15,000 pengguna motosikal yang melalui jambatan itu setiap hari untuk berulang-alik dari tanah besar ke bahagian pulau.

“Ini manifesto kita untuk membantu meringankan beban penunggang motosikal yang menggunakan Jambatan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Program Juara Rakyat ‘Himpunan Anak Muda’ Bahagian Bukit Mertajam di Cherok Tokun, di sini Ahad.

Jika kita lihat, hanya Pulau Pinang sahaja satu-satunya negeri yang mengenakan tol untuk motosikal. Meskipun ia hanya berjumlah RM1.40, tetapi, jika dicampur dengan duit minyak yang perlu diisi kira-kira RM3 sehari, agak membebankan pengguna yang majoritinya golongan sederhana.

“Jadi kita akan minta kerajaan pusat mengkaji semula untuk menghapuskan tol di jambatan sekiranya kita kembali memerintah Pulau Pinang pada PRU akan datang,” katanya.

— BERNAMA

Kenyataan Media Haru Guru

•May 16, 2012 • Leave a Comment

Kenyataan Media Ketua Pemuda PAS Kawasan Bayan baru.
Ucapan Selamat Hari Guru 2012

Sempena Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei 2012, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru mengambil kesempatan ini Selamat Hari Guru dan merakamkan jutaan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para guru dalam mendidik pelajar-pelajar di semua peringkat tanpa mengira bangsa mahupun agama.Sesungguhnya tugas sebagai seorang guru bukanlah sesuatu yang mudah kerana proses membentuk bakal pemimpin negara memerlukan usaha gigih di samping melayan karenah pelajar yang pelbagai.Hanya Allah SWT jualah yang bisa membalas usaha murni kalian.

Dalam mendepani arus pemodenan dewasa ini,menjadi satu keperluan bagi seorang guru untuk memastikan diri mereka lengkap dengan pakej kemahiran komunikasi,pengurusan maklumat,gerak kerja berpasukan dan kemahiran-kemahiran lain untuk menjadi seorang guru yang kompeten.Apatah lagi bagi para guru yang bertugas di kawasan pedalaman yang serba kekurangan dan suasana pembelajaran yang sedikit berbeza dengan kawasan Bandar. Ini sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan dan ianya merupakan amanah daripada setiap ibubapa yang memberi sepenuh kepercayaan kepada para guru dalam mendidik anak mereka.

Menyedari akan hakikat ini, Pakatan Rakyat amat memahami mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh guru-guru dan di dalam Buku Jingga yang dilancarkan oleh Pakatan Rakyat pada November 2010, Pakatan Rakyat mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru-guru menjelang 100 hari pengambil alihan pentadbiran Putrajaya.Ini adalah sebagai menghargai peranan para guru dan ‘kick start’ bagi memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.

DI bawah ini dinyatakan perihal tawaran Buku Jingga yang di cadangkan oleh Pakatan Rakyat :

Pakatan Rakyat merakamkan penghargaan kepada golongan pendidik yang menjadi teras pembangunan negara dan persaudaraan rakyat.Pakatan Rakyat komited untuk:

  • Meneruskan bantuan terus kepada semua jenis institusi pendidikan marhaen yang membuka ruang pendidikan kepada rakyat, termasuk bantuan terus kepada golongan pendidik di institusi-institusi ini sebagai penghargaan kepada pengorbanan dan khidmat mereka.
  • Memperjuangkan pengharmonian gaji pendidik yang berbeza-beza latar belakang dan kelulusan, dengan prinsip memastikan kriteria penilaian yang lebih adil kepada guru-guru mengambil kira kepakaran dan tempoh berkhidmat.
  • Memperjuangkan skim gaji yang setara dengan golongan profesional di dalam sektor-sektor lain seperti jurutera, akauntan dan doktor yang diikat dengan penilaian prestasi yang lebih adil dan menyeluruh untuk menjamin mutu pendidikan negara.
  • Menilai semula guna tenaga semasa di sekolah-sekolah untuk memastikan semua guru-guru terlatih dan berkelayakan, termasuk menyelesaikan persoalan naik taraf guru-guru sandaran.
  • Mengurangkan karenah birokrasi dan pentadbiran dalam dunia pendidikan yang membebankan golongan pendidik, terutamanya pertukaran-pertukaran dasar utama yang silih berganti dan mengongkong golongan pendidik kepada kerja-kerja menulis laporan dan pentadbiran yang mengurangkan masa pengajaran dan pembelajaran.

Bersempena Hari Guru ini, marilah kita bersama-sama menghargai jasa dan pengorbanan para guru dalam berbakti kepada agama,bangsa dan negara. Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan golongan yang menyampaikan ilmu pengetahuan dalam Surah Al Mujadalah pada ayat ke-11 dan Surah An Nahl pada ayat ke-125 :

“Supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat ”.

Al Mujadalah : 11

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik”

An Nahl : 125

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah pada semua guru yang telah gigih berjuang memartabatkan institusi pendidikan ke tahap yang tinggi.Semoga terus istiqomah dan moga-moga usaha kalian mendapat pandangan rahmat Allah SWT.

” Bersama Memimpin Kebangkitan Anak Muda “

Dzul Fahmi Abu Bakar
Ketua Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru 2012

Jumpa di BERSIH 3.0

•April 27, 2012 • Leave a Comment

InsyaAllah

أن رجلاً سأل النبى ( صلى الله عليه وسلم ) أى الجهاد أفضل ؟ قال : كلمة حق عند سلطان جائر

“Seorang lelaki bertanya kepada nabi s.a.w apakah jihad yang paling afdal? Maka Nabi menjawab: Kalimah yang benar dihadapan pemimpin yang zalim”(HR Ahmad)

Ceramah Umum oleh Dr Raja Iskandar Al-Hiss

•April 2, 2012 • Leave a Comment

Abang Non Dalam Kenangan

•March 12, 2012 • Leave a Comment

Baru minggu lepas berjumpa Abang Non atau nama penuhnya Mohamed Noor Bin Mohamed Abbas, tengahari tadi mendapat SMS Abang Non telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnana ilaihirajiu’n.Abang Non meninggal pada umur 53 tahun

Saya mengenali Abang Non di balai polis Bayan Lepas pada malam 10 orang pemuda-pemuda PAS Bayan Baru ditangkap semasa mengedar risalah di Karnival Sure Heboh Queensbay Mall pada tahun 2006. Juga dikenali dengan panggilan Non kopi kerana pekerjaan selain khidmat untuk PAS adalah berniaga air minuman di depan surau Bayan Baru.

Abang Non seorang yang amat komited dengan PAS, jika bertemu pasti akan berbual apa yang boleh buat untuk menaikkan PAS, paling mengharukan ketika ziarah beliau pada Rabu minggu lepas, beliau baru sahaja keluar dari hospital tetapi perkara pertama yang keluar dari mulut beliau adalah idea program PAS untuk DUN Bayan Lepas. Selalunya kalau orang sakit akan cerita mengenai sakit tetapi Abang Non lebih mengutamakan soal PAS dari soal sakit, agak sayu sebab saya berjanji dengan beliau untuk berjumpa lagi untuk perincian program tersebut akan tetapi saya terlambat. Ada banyak lagi cerita yang menarik mengenai Abang Non tetapi tulisan ini hanya setakat ini.

Mata rantai pejuangan Abang Non menaikkan Islam dan PAS InsyaAllah akan diteruskan. Semoga Abang Non bersama orang-orang yang syahid di jalan Allah. Al-Fatihah kepada beliau.

Image

Gambar dari Kiri: Haji Rashdan(YDP PAS Bayan Baru), Abang Non, Abang Din Bola, Anon, Abang Din Kasut sedang berehat ketika bertugas untuk pilihanraya kecil Manik Urai.Image

Gambar dari Kiri:Ashraf, Abang Non dan Dzul Fahmi ketika memberi sumbangan DPPK Bayan Baru kepada keluarga Abang Non pada tahun 2010.

 

Jom Buat Sarang Burung Layang-Layang Gua III

•October 25, 2011 • Leave a Comment
Alhamdulillah, rumah sarang burung layang-layang(RBL) dah siap sejak april yang lalu. Terdapat beberapa tambahan yang dibuat seperti pasang kain semaian di dinding luar untuk menjadikan RBL lebih sejuk. Petunjuk rumah telah burung tidur pun dah ada. Berdoa untuk burung bersarang sebelum Jun 2012.

KENYATAAN MEDIA: Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pakar-Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

•October 10, 2011 • Leave a Comment


 06 Oktober 2011 / 08 Zulkaedah 1432

 

Lajnah Pengguna & Alam Sekitar Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang (LPAS DPPN Png) mengucap tahniah dan syabas diucapkan kepada pakar-pakar daripada UKM kerana berjaya mengemukakan hasil kajian mereka kepada umum tentang isu peningkatan pencemaran udara akibat daripada peningkatan kenderaan di atas jalan raya.

 

LPAS DPPN Png memandang serius kenyataan yang dipaparkan dimuka hadapan Utusan Malaysia pada 3/10/2011 (Isnin) yang bertajuk Pengeluaran asap kenderaan berlebihan cemarkan udara. Empat ‘Bandar Beracun’.

 

Laporan tersebut menunjukkan bahawa penduduk di Shah Alam, Putrajaya, Nilai, dan Tanjung Malim diancam pencemaran udara akibat daripada asap kenderaan berlebihan dimana boleh mengubah status Bandar selamat kepada Bandar beracun.

 

Manakala Bandar yang membimbangkan ialah Seberang Jaya (Pulau Pinang), Kemaman (Terengganu), dan Johor Baharu. Tidak terkecuali bandaraya seperti Kuala Lumpur juga akan mengalami pencemaran udara kritikal menjelang 2020 berdasar statistic peningkatan jumlah kenderaan iaitu sebanyak 7% setahun.

 

Sudah sampai masanya kerajaan khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan dengan kerjasama pihak-pihak berkenaan perlu mencari satu formula atau mekanisme dalam menangani masalah ini. Antara cadangannya ialah mengurangkan  penggunaan kenderaan persendirian dan menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja mahupun bersiar-siar semasa cuti hujung minggu.

 

Persoalannya adakah sistem penggangkutan awam di negara ini setanding dengan negara negara maju di dunia? Jika dilihat kepada standard pengangkutan awam di Malaysia, ia masih menggambarkan bahawa sistem atau kemudahan infrastruktur pengangkutan awam masih ditahap yang tidak memuaskan kepada pengguna jalan raya khususnya untuk orang awam berbanding negara-negara membangun mahupun dikalangan negara maju. Bagaimanakah Kerajaan Pimpinan UMNO/BN mahu merealisasikan impian Wawasan 2020 yang di ilhamkan oleh Tun Dr Mahathir sedangkan sistem pengangkutan awam masih lagi di dalam keadaan yang tidak teratur dan lemah.

 

Masalah sistem pengangkutan awam yang dikenal pasti khususnya di Pulau Pinang

ialah :-

 

1)  –  Perkhidmatan bas yang tidak tepat masanya ke setiap tempat atau lokasi yang dituju dan menyebabkan orang awam lewat ke tempat kerja masing-masing.

2)  –  Kekurangan jumlah bas menyebabkan kepadatan penumpang ketika berada didalam bas mahupun semasa menunggu bas di setiap perhentian.

3)  –  Perlu naik dan turun sebanyak 2 atau 3 buah bas sebelum sampai ke lokasi yang dituju. Contohnya seorang pekerja di Komtar perlu menaiki bas daripada rumah (seberang jaya) ke Terminal Feri (jetty) dan daripada jetty ke Komtar.

4)   – Sikap segelintar pemandu bas yang kadang-kadang tidak berhenti di perhentian yang disediakan untuk mengambil penumpang dan menurunkan penumpang di tempat yang tidak sepatutnya.

Namun setiap kali belanjawan atau pengurangan subsidi minyak petrol (kenaikan harga petrol) diumumkan oleh Kerajaan UMNO/BN, alasannya ialah penjimatan duit subsidi minyak petrol dan suntikan dana semasa belanjawan adalah untuk ke pengangkutan awam. Tetapi sampai sekarang sistem pengangkutan awam masih di takuk yang lama.Sebagai contoh, pada tahun 2006, kerajaan menaikan harga minya petrol sehingga RM 1.65 sen seliter. Ucapan yang dipaparkan oleh media upahan UMNO/BN, Timb. Perdana Menteri Dato’ Seri Najib pada masa itu menyeru rakyat-rakyat berjimat cermat khususnya yang kerap mengunjugi kedai minum atau makan supaya mengurangkan daripada meminum teh tarik atau kopi daripada 2 hingga 3 kali ke sekali atau bancuh minum di rumah saja. Padahal pemimpin-pemimpin besar terus berboros jutaan ringgit untuk kepentingan individu atau kroni-kroni mereka.

Dato’ Seri Najib juga menyatakan hasil daripada pengurangan subsidi minyak petrol. Kerajaan dapat berjimat sehingga 4 billion ringgit dan duit ini akan di salurkan untuk penambah baikan system pengangkutan awam kelak. Akan tetapi sampai sekarang janji Kerajaan UMNO/BN tidak di tunaikan lagi.

Yang hanya Kerajaan UMNO/BN tunaikan ialah kenaikan harga minyak petrol, diesel, gas dan barang-barang makanan keperluan asas tetapi dalam masa yang sama satu lagi akta yang menindas rakyat dilaksanakan iaitu GST.

 

Sememangnya pencegahan lebih baik daripada perawatan terutama nya akibat daripada penceramaran udara iaitu komplikasinya ialah penyakit lower respiratory infection track seperti broncholitis dan penyakit upper respiratory infection track seperti tonsilaitis. Sesuatu harus dilakukan agar bandar-bandar di Malaysia ini menjadi tempat yang selamat untuk diduduki dan ianya mestilah bermula dengan penguatkuasaan yang ketat tanpa unsur-unsur rasuah. Yang pastinya ini tidak akan menjadi kenyataan sekiranya UMNO/BN dibiarkan terus menjadi pemerintah di negara ini.

 

Disediakan oleh;

 

Dzulfahmi Bin Abu Bakar
Timb. Pengerusi
Lajnah Pengguna & Alam Sekitar
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. DATUK DR ZAINAL KELING

•September 18, 2011 • 1 Comment

Laporan Polis oleh Dewan Pemuda PAS Kaw Bayan Baru di Balai Polis Bayan Baru pada 16 Sep 2011 pukul 4.00ptg. Dibawah adalah Laporan Penuh.

_________________________________________________________________________________________________________

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Keling dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pada 9 September 2011 lalu telah mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi “jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar”.

Saya, mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru amat terkejut dengan kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh seorang yang berpengaruh dan dikatakan pakar dalam bidang sejarah tanahair malah dinyatakan beliau mewakili Majlis Profesor Negara. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan segenap lapisan masyarakat yang telah sekian lama diajar dan difahamkan bahawa British adalah penjajah Negara dan kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 merupakan kemerdekaan dari penjajahan British.

Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru merasakan terdapat agenda tersembunyi yang dirancang oleh pihak tertentu di sebalik kenyataan ini yang bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran dalam masyarakat bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu lain yang gagal ditangani oleh pihak yang berwajib. Kenyataan ini juga mencerminkan seolah-olah rakyat telah ditipu selama 54 tahun apabila menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun sebagai ulangtahun kemerdekaan negara dari cengkaman penjajahan British di samping ia juga telah menghina Raja-Raja Melayu yang digambarkan seolah-olah tidak berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukan penjajah ke Tanah Melayu. Sekiranya Negara tidak pernah dijajah dan hanya dilindungi atau dinaungi oleh British Apa perlu duit rakyat dihabiskan oleh Kerajaan setiap tahun untuk mengadakan majlis sambutan Kemerdekaan secara besar-besaran?

Tiadanya pendirian yang jelas di pihak kerajaan berkenaan perkara ini memburukkan lagi keadaan dan dikhuatiri akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat jika tidak dibendung dari awal apabila rakyat merasa tertipu dan mengambil tindakan sendirian yang bertentangan dengan undang-undang.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bayan Baru menuntut agar Prof Datuk Dr Zainal Keling disiasat dan didakwa di mahkamah kerana secara jelas telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan atau berita yang telah menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Sekian laporan saya.

………………………………….

Dzul Fahmi Bin Abu Bakar

Ketua Pemuda Kawasan Bayan Baru

Perutusan Ramadhan Ketua DPP Malaysia

•August 8, 2011 • Leave a Comment

Nasrudin Hassan at-Tantawi
Buat seluruh warga muda Muslim

1. Ramadhan adalah bulan yang penuh kemuliaan justeru itu, muliakan diri kita dengan menyertai Amal Islami lantas memperjuangkannya agar ia tegak di dalam diri kita dan tegak juga di atas tanahair kita, serta hiasi diri dengan akhlak Islami seperti tawadhu’, ikhlas dan ramah.

2. Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan, justeru itu hindarkan diri kita dari kancah maksiat dan mungkar yang menghakis keberkatan sebaliknya meriahkan hari – hai kita bersama Ramadhan dengan pesta ibadah. Banyakkan Ibadah, kurangkan juadah dan lazimkan bersedekah.

3. Ramadhan adalah bulan yang penuh keampunan, justeru itu dekatkan diri kepada Allah, munajat dan beristighfar memohon keampunan sehingga diri kita tenang dan optimis untuk menggalas amanah perjuangan ini tanpa dihambat oleh bayang dosa dan noda.

4. Ramadhan adalah bulan yang penuh kerahmatan, justeru itu bina kasih sayang berteraskan ukhuwwah Fillah sesama kita, hargai mereka yang tidak bernasib baik, santuni mereka yang jahil, didik mereka yang liar, bimbing mereka yang tersasar dari jalan kebenaran. Jangan banyakkan musuh sebaliknya kita adalah Duta Penyelamat dan Kasih sayang.

5. Ramadhan adalah bulan Jihad atau bulan perjuangan. Justeru itu, jangan biarkan diri terus dikongkong nafsu. Bebaskan diri dari lingkaran syahwah dan bangkit dengan semangat Badar al Kubra untuk terus menjulang panji perjuangan Islam ini dengan tabah, yakin dan istiqamah.

6. Ramadhan adalah bulan Al Quran. Justeru itu, marilah kita membaca al Quran dan mengkhatamkannya di bulan Ramadhan ini serta dalam masa yang sama, kita fahami, hayati dan laksanakan kandungan al Quranul Karim sehingga politik kita, ekonomi kita, sosial kita berada di antara helaian – helaian al Quran sebagai kitab petunjuk dari Allah Azza wa Jalla.

7. Ramadhan adalah bulan Takaaful. Justeru itu, jangan dilupa pada yang miskin juga pada yang tiada memiliki apa-apa. Banyakkan menganjur majlis berbuka puasa [Maaidatur Rahman] untuk mengundang fakir miskin, anak – anak yatim dan insan yang memerlukan berbuka puasa.

8. Ramadhan adalah bulan zikir [mengingati Allah]. Justeru itu, jangan kering bibir melainkan banyak berselawat, bertasbih dan bertahmid mengingati Allah dan banyakkan solat sunnat di waktu malam seperti Terawih dan witir, demikian juga melazimi majlis -majlis ilmu untuk mengingatkan kita kepada amanah beragama dan tanggungjawab memperjuangkannya.

9.Ramadhan adalah bulan Puasa. Justeru itu, tahan diri dari makan dan minum di siang hari. Jua tahan diri dari melakukan perkara yang keji dan dicela syara’. Jaga kesihatan dengan baik dan amalkan gaya hidup sihat. Syukuri segala nikmat kurniaan Allah, jangan tamak dan rakus menjamu nafsu.

10. Ramadhan adalah bulan Taqwa. Justeru itu, tunduk dan patuhlah kepada semua perintah Allah dan meninggalkan apa jua yang telah dilarang oleh Allah swt. Taqwa senjata yang paling berkesan untuk menghadapi apa jua bentuk konspirasi musuh yang menentang Islam. Tanpa taqwa, objektif ramadhan gagal dicapai dan ramadhan kita tahun ini sia – sia. Taqwa adalah KPI kepada Madrasah Ramadhan yang kita sertai ini.

Nasrudin bin Hassan
Airport Antarabangsa Kuwait. 2.0
Ramadhan 1432