Abang Non Dalam Kenangan

Baru minggu lepas berjumpa Abang Non atau nama penuhnya Mohamed Noor Bin Mohamed Abbas, tengahari tadi mendapat SMS Abang Non telah kembali ke rahmatullah. Innalillahi wainnana ilaihirajiu’n.Abang Non meninggal pada umur 53 tahun

Saya mengenali Abang Non di balai polis Bayan Lepas pada malam 10 orang pemuda-pemuda PAS Bayan Baru ditangkap semasa mengedar risalah di Karnival Sure Heboh Queensbay Mall pada tahun 2006. Juga dikenali dengan panggilan Non kopi kerana pekerjaan selain khidmat untuk PAS adalah berniaga air minuman di depan surau Bayan Baru.

Abang Non seorang yang amat komited dengan PAS, jika bertemu pasti akan berbual apa yang boleh buat untuk menaikkan PAS, paling mengharukan ketika ziarah beliau pada Rabu minggu lepas, beliau baru sahaja keluar dari hospital tetapi perkara pertama yang keluar dari mulut beliau adalah idea program PAS untuk DUN Bayan Lepas. Selalunya kalau orang sakit akan cerita mengenai sakit tetapi Abang Non lebih mengutamakan soal PAS dari soal sakit, agak sayu sebab saya berjanji dengan beliau untuk berjumpa lagi untuk perincian program tersebut akan tetapi saya terlambat. Ada banyak lagi cerita yang menarik mengenai Abang Non tetapi tulisan ini hanya setakat ini.

Mata rantai pejuangan Abang Non menaikkan Islam dan PAS InsyaAllah akan diteruskan. Semoga Abang Non bersama orang-orang yang syahid di jalan Allah. Al-Fatihah kepada beliau.

Image

Gambar dari Kiri: Haji Rashdan(YDP PAS Bayan Baru), Abang Non, Abang Din Bola, Anon, Abang Din Kasut sedang berehat ketika bertugas untuk pilihanraya kecil Manik Urai.Image

Gambar dari Kiri:Ashraf, Abang Non dan Dzul Fahmi ketika memberi sumbangan DPPK Bayan Baru kepada keluarga Abang Non pada tahun 2010.

 

~ by dfr175 on March 12, 2012.

Leave a comment